Sunday 31 March 2013

Hello Hello ^__^

Assalamualaikum...

Hai, Hello, Annyeonghaseyo, Ni Hao, Kon'nichiwa, Bonjour, NamastÄ“. Salam perkenalan. Okey, disebabkan ini first entry kami, jadi biar kami perkenalkan diri. Ini adalah cerita tentang kembar, bermakna setiap entry yang akan kami  update, full story about twin. So harap tidak membosankan hari-hari anda! :) FYI Umur, D.O.B, tempat lahir kami semuanya sama. Kami lahir pada tahun 1990, lahir 18 Dec di HB Melaka. Oh! lupa kamilah Cheda & Haeda. Untuk lebih jelas lagi, dibawah ini kami akan perkenalkan diri kami.

Cheda (Twin I)
Nama sebenar ialah Shahida, keglamouran nickname Cheda tu datang dari kawan sekolah. Seperti yang sedia maklum Cheda adalah kakak kepada Haeda, tapi ketinggiannya lebih rendah dari Haeda iaitu 164cm. Ada satu perkara yang Cheda tak suka, HEELS! Tolonglah dia akan merungut bila otot kaki dia kejang. Jadi, jangan bagi dia present kasut yang tinggi lebih dari 1 inci. Perfume? dia memang suka, tapi dia OBSES dengan "Bunga Rampai". Wangi katanya. Feeling-feeling Raja Sehari.

Haeda (Twin II)
Kalau yang tadi Shahida, disini Shuhada. Macam mana dapat nama Haeda ni, berpunca dari Cheda. Al maklumlah nak juga nickname yang sama macam dia, tapi kita tak feeling nama macam korea tau. Mungkin awak semua tahu Cheda lebih rendah dari Haeda, tapi beza 1cm je. Okey! Cheda benci High heels, Haeda benci Flat Shoes. Sebabnya rasa macam jalan tak pakai apa-apa pulak. Erm, saya tak gemar perfume, sebab baunya sangat kuat. Kalau bedak Carrie Junior sukalah. Kita nak feeling jadi baby.

For more information, awak semua kenalah selalu follow entry kami. Walaupun tak suka, tolonglah jangan benci. Sebab kami nak share bagaimana cara kehidupan pasangan kembar. Kami akan selalu update story dari masa ke semasa. Semoga berjumpa lagi. Arios~

No comments:

Post a Comment